Home Hiburan JELAJAH ‘BLOOD BROTHERS’

JELAJAH ‘BLOOD BROTHERS’

KEMUNCULAN bintang filem Blood Brothers antaranya Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham dan ramai lagi sempena acara Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2025 (ABXFGR25) di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (Mitec) baru-baru, menarik perhatian ramai.

Pengunjung yang hadir di ABXFGR25 mengambil peluang bertemu dan merakamkan gambar kenangan bersama barisan pelakon filem aksi arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Filem Blood Brothers menemui penonton di pawagam bermula 10 April depan.

Beberapa siri jelajah istimewa di bazar terpilih turut menjadi destinasi pilihan barisan pelakon terkenal tanah air itu.

ABXFGR25 menjadi lokasi ketiga selepas kejayaan di perhentian Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri Cheras dan Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya.

Suasana gamat dengan interaksi mesra, aktiviti menarik seperti permainan pentas dan persembahan daripada Muzza serta istimewa sedutan aksi mendebarkan daripada Blood Brothers yang menyaksikan keterujaan penonton.

Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran tampil dengan filem Blood Brothers dengan menjanjikan pengalaman sinematik berbeza.

Bintang utama, Sharnaaz berkata, semangat diberikan peminat terhadap Blood Brothers secara tak langsung membuatkan mereka gembira dan tak sabar untuk mempertontonkan naskhah itu.

“Kami sangat teruja melihat sokongan luar biasa terhadap Blood Brothers. Ini bukan sekadar filem aksi biasa, tetapi kisah yang padat dengan aksi dan emosi,” katanya.

Blood Brothers bakal membawa penonton menyelami kisah penuh intensiti dengan mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya.

Dengan barisan pelakon mantap dan aksi berkualiti tinggi, Blood Brothers bersedia menjadi filem aksi tempatan paling dinantikan tahun ini.

Siri jelajah Blood Brothers akan diteruskan di beberapa lokasi lain menawarkan lebih banyak kejutan buat peminat.

Festival ini juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular seperti Uqasha Senrose, Aprena Manrose, Awal Ashaari, De Fam, Nadeera Zainal, Hael Husaini, Johan Ghazali, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Ziana Zain dan ramai lagi. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here