Home Segmen Kesihatan JANGAN ABAIKAN KIPAS BERDEBU!

JANGAN ABAIKAN KIPAS BERDEBU!

150
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Minoriti individu masih kurang mengambil berat tentang kebersihan kipas yang digunakan dalam kehidupan seharian terutama apabila kesannya tidak segera dirasakan.

Tidak kira kipas dinding atau kipas syiling, rata-rata orang ramai mempunyai sifat malas untuk mencuci habuk atau debu yang melekat pada kipas tersebut.

Akibatnya, ia boleh mendatangkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan terutama pada pernafasan kerana berada dalam persekitaran yang tidak baik.

Ini kerana, debu yang terkumpul pada kipas akan tersebar ke udara apabila kipas beroperasi dan secara tidak langsung boleh menyebabkan individu itu menghidap asma, alergi atau iritasi pada hidung dan tekak.

Selain itu, debu yang bertebaran boleh mengurangkan kualiti udara di dalam bilik dan menyebabkan kurang selesa untuk bernafas.

Antara sebab lain adalah:

1.Kesan pada kulit: pori-pori kulit tersumbat menyebabkan jerawat terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

2.Keberkesanan kipas berkurang: kipas yang penuh debu mungkin tidak berfungsi dengan optimum, menyebabkan pergerakan udara kurang efektif dan meningkatkan suhu bilik.

Bagaimanapun, ditekankan di sini, individu perlu membersihkan kipas secara berkala menggunakan kain lembap atau alat penyedut habuk untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti di atas.

Di samping itu, boleh juga menggunakan pembersih udara untuk kurangkan habuk dalam bilik.

Sekiranya tidak sempat membersihkan kipas akibat sibuk bekerja, individu itu boleh cuba menganggap kerja pembersihan itu sebagai:

1.Jadikan ia tugas ringkas dengan tetapkan masa tertentu untuk membersihkan kipas seperti sekali sebulan semasa melakukan pembersihan rumah.

2.Libatkan ahli keluarga seperti tugaskan pembersihan kipas kepada ahli keluarga yang berbeza supaya ia tidak terasa membebankan satu pihak sahaja.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here