Home Buletin Semasa JALINAN KERJASAMA HPUSM, IMEDIKEL

JALINAN KERJASAMA HPUSM, IMEDIKEL

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Bagi membantu penambahan dana, pihak Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPSUM)  ingin berkolaborasi bersama I Medikel Pharma Holiding.

Menurut Ketua Perkhidmatan Pesakit Dalam, Unit Klinikal, HPUSM, Dr. Shahrizal Mustapha, kolaborasi itu adalah untuk jangka masa yang panjang bagi kedua-dua pihak.

“Kita sebenarnya ingin meneroka kerjasama yang lebih mantap dan dalam jangka masa yang panjang, kita hendak tengok apa kolaborasi yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak.

“Untuk masa terdekat ini, kita ingin mendapatkan kerjasama daripada pihak IMedikel bagi tujuan promosi dan pelawaan tajaan meja untuk Tabung Kebajikan Pesakit pada Makan Malam Amal HPUSM, Januari tahun depan. Ini bagi membantu untuk penambahan dana pesakit,”katanya.

Sementara itu, Presiden IMedikel, Yusmat Mamat, memberi cadangan kepada pihak HPUSM untuk menginovasikan produk ubat gigi kepada kanak-kanak.

“Di HPUSM juga ada bidang pergigian. Jadi untuk jalinan kerjasama ini, saya memberi cadangan kepada pihak HPUSM untuk membuat produk dengan IMedikel, iaitu ubat gigi.

“Sebelum ini, kita sudah ada ubat gigi kanak-kanak yang boleh ditelan seperti jenama terkenal itu, tetapi kita inovasikan ia dengan hanya mencalit ubat gigi itu pada gigi kanak-kanak dan membiarkan ia selama 15 minit, jadi tak perlu menggunakan berus gigi sebab kita tahu mereka susah untuk menggosok gigi,”katanya.

Beliau berkata dengan kerjasama baik daripada kedua belah pihak bakal memuka lembaran baharu dalam usaha memperkasa perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat.

“Dengan kepakaran unik dari kedua-dua pihak, kami yakin kolaborasi ini dapat membawa manfaat besar kepada industri kesihatan dan farmaseutikal negara,”katanya.

Hadir sama Naib Presiden IMedikel, Hasnah Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan IMedikel, Syahrul Azlan Mahmood dan Pegawai Tadbir Kanan HPUSM, Ida Haryati Ibrahim Bey.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here