Home Buletin Semasa JALAN BERLUBANG RISIKO KEMALANGAN

JALAN BERLUBANG RISIKO KEMALANGAN

172
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Keadaan jalan berlubang menimbulkan kerisauan kepada pengguna jalan raya. Malah ia juga mendatangkan ketidakselesaan terhadap pengguna.

Tinjauan I Medikel TV mendapati jalan berlubang di hadapan Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, di sini, boleh membahayakan orang ramai terutama pada musim hujan.

Menurut Mat Saupi Mohamad, 55, dari Machang, keadaan jalan berlubang boleh mendatangkan risiko kemalangan serta kerosakan pada kenderaan orang ramai.

Pemandu Bas KPTM, Mat Saupi Mohamad, 55, berharap pihak berwajib dapat menambah lampu jalan di sekitar jalan di Lembah Sireh untuk mengelakkan pengguna jalan raya terjatuh ke dalam lubang kerosakan jalan.

Ia sekaligus menyebabkan pengguna jalan raya terganggu kerana perlu mengelak dari lubang berkenaan.

“Saya naik kereta jadi tak risau sangat cuma orang lain yang naik motosikal sangat berisiko, semalam ada sebuah kereta kancil terjatuh ke dalam lubang dan tayar keretanya bocor terpaksa dibaiki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KPTM, di sini, baru-baru ini.

Dia yang juga pemandu bas di KPTM mendakwa, dia agak kerap melalui jalan berkenaan bagi menghantar dan mengambil pelajar.

Jelasnya, berikutan musim tengkujuh sekarang, keadaan jalan bertambah teruk kerana permukaan jalan licin dan air bertakung.

Tambah Saupi, dia berharap pihak berwajib dapat mempercepatkan kerja-kerja pembaikan jalan serta meletakkan lampu jalan di tempat berkenaan.

Manakala, seorang pelajar KPTM, Faizah Mohd Zainullah, 18, berkata, jalan itu menjadi semakin teruk sebaik sahaja musim tengkujuh.

Katanya, jalan rosak serta berlubang yang diletakkan kon tidak menjamin keselamatan pengguna jalan raya terutama mereka yang membawa kenderaan dengan laju.

“Saya tengok sebelum ini jalan taka da rosak sangat Cuma jadi semakin teruk sejak hujan lebat baru-baru ini dan ada lubang di Tengah jalan dan mereka tutup dengan beberapa buah kon, namun saya rasa ianya boleh mengakibatkan kemalangan jalanraya sekiranya pengguna jalan raya tidak perasan akan lubang tersebut,” katanya.

Menurut Faizah dan rakannya, Nurul Aqila Hasnul Hisyam, 18, sebuah motosikal yang melalui jalan itu pernah terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Faizah Mohd Zainullah, 18, bersama rakannya Nurul Aqila Hasnul Hisyam, 18, berada di hadapan KPTM.

Mereka berharap, masalah jalan berkenaan dapat diselesaikan bagi memberi keselesaan kepada pengguna sekaligus mengelak berlaku insiden yang tidak diingini.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here