Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI KELANTAN TERUS MENINGKAT

MANGSA BANJIR DI KELANTAN TERUS MENINGKAT

147
0

Oleh:  Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,530 orang setakat jam 8 pagi ini.

Semua mangsa ditempatkan di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu 11 di Pasir Mas dan satu di Tanah Merah.

Mangsa banjir di Pasir Mas mencatat jumlah tertinggi iaitu 4,511 orang daripada 1,454 keluarga.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 898 orang, diikuti PPS SK Gual To’Deh, 813 orang, PPS SK Sri Rantau Panjang (2), 711 orang, PPS SMK Baroh Pial, 634 orang, PPS SK Sri Kiambang, 345 orang, PPS SK Gual Periok, 269 orang, PPS SK Chicha Tinggi, 261 orang, PPS SK Lati, 223 orang, PPS SMK Gual Periok, 153 orang, Masjid Mukin Padang Licin, 116, PPS SMK (A) LATI, 88 orang dan Balai Raya Padang Kijang, Tanah Merah, 19 orang.

Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan trend air menurun iaitu 9.96 meter di atas paras bahaya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here