Home Politik ITO BLUES GANG SERTAI PKR

ITO BLUES GANG SERTAI PKR

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Titiwangsa telah menerima permohonan kemasukan Mohd Arif Kendut atau lebih dikenali sebagai Ito Blues Gang untuk menjadi anggotanya.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata majlis penyerahan borang telah diadakan semalam di Kings Hotel, Melaka bersempena Majlis Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa.

Menurutnya, borang keahlian Ito diterima oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hadir sebagai tetamu kehormat.

“Dalam majlis tersebut Ito juga secara simbolik telah disarungkan sehelai baju T berkolar berlogo Keadilan Wilayah Persekutuan sebagai tanda permohonan beliau sudah diterima.

“Ito adalah reformis yang selama ini bergerak di belakang tabir melalui dunia seni dan menyumbang karya-karya ke arah perjuangan bagi membentuk sahsiah masyarakat.

“Beliau juga telah mengikuti permukiman yang diadakan selama dua hari sebagai langkah awal persediaan untuk dirinya lebih mengenali dunia politik,” katanya dalam kenyataan menerusi FB hari ini.

Menurutnya, adalah diharapkan dengan kemasukan Ito ke Cabang Titiwangsa akan menjadi nilai tambah buat Keadilan dan pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan Kerajaan MADANI. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here