Home Buletin Semasa FITNAH KERAJAAN PERPADUAN PINGGIR AGENDA ISLAM ADALAH TIDAK BENAR – TPM

FITNAH KERAJAAN PERPADUAN PINGGIR AGENDA ISLAM ADALAH TIDAK BENAR – TPM

203
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR MAS: Tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Perpaduan dalam meminggirkan Islam dan Melayu di Malaysia adalah tidak benar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah meminggirkan agenda Islam khususnya pendidikan Islam di negara ini.

“Kerajaan akan meningkatkan peruntukan membabitkan pendidikan Islam dalam agenda pendidikan negara. Mana mungkin saya meminggirkan Pendidikan Islam tersebut.

“Dalam Belanjawan 2024 Malaysia Madani, sebanyak RM1.9 bilion diperuntukkan untuk pembangunan hal ehwal Islam tahun ini berbanding hanya RM1.4 bilion pada tahun lalu,” katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (5PMCK) di Perkarangan Pejabat Cikgu Pencen dan Balai Lu’Lu, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan sokongan terhadap agenda Islam.

Tambah Zahid, pihaknya mempunyai rancangan untuk menambah pendidikan Islam kepada Maahad Tahfiz, Pra-Tahfiz KEMAS, guru KAFA dan lain-lain lagi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here