Home Buletin Semasa INTERNATIONAL HALAL HUB BUKA PELUANG PERNIAGAAN KEPADA RAKYAT KELANTAN

INTERNATIONAL HALAL HUB BUKA PELUANG PERNIAGAAN KEPADA RAKYAT KELANTAN

328
0

Oleh: Athirah Azman@ I Medikel TV

KOTA BHARU: International Halal Hub (IHH) membuka peluang perniagaan kepada seluruh rakyat di negeri Kelantan untuk menjadi usahawan menerusi pembelian lot kedai di kawasan strategik di Bandar Baru Tunjong.

Pengarah Skim Koperasi Malaysia, Zainudin Mohamed berkata, premis perniagaan yang komprehensif itu disediakan oleh pemaju (Noble Residence).


“Bukan sahaja dari segi penjualan lot kedai namun ia juga didatangkan dengan khidmat nasihat.

“Saya rasa teruja apabila pihak pemaju bertanggungjwawab sepenuhnya dalam menyediakan lot kedai dan khidmat nasihat untuk membangunkan produk dan fasiliti di kawasan ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pra Pelancaran Noble International Halal Hub, di Bandar Baru Tunjong, di sini, hari ini.

Dia berkata, IHH merupakan konsep perniagaan yang besar kerana ia menyediakan sebanyak 461 lot kedai untuk rakyat Kelantan.

“Bagi pembeli lot kedai di kawasan ini, suatu ketika nanti ia akan menjadi daya tarikan kepada pelancong yang mana bila datang sini, mereka akan mendapat pelbagai produk jualan yang disediakan.

“Tambahan pula, dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan dan pihak pelancongan, ia akan menjadi satu perniagaan yang berkembang maju suatu ketika nanti,” katanya.

Menurut beliau, rakyat Kelantan digalakkan untuk membuka perniagaan sendiri meskipun bermula daripada bawah.

Hal ini kerana, perniagaan yang kecil dapat dikembangkan menjadi perniagaan yang besar sekaligus dengan sokongan kerajaan dan ekosistem.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here