BAITULMAQDIS: Israel semalam mengarahkan pemindahan di kawasan sekitar bandar utama di selatan Gaza, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata Israel mengeluarkan peta menunjukkan kawasan baharu meliputi 20 peratus bandar Khan Yunis yang ditanda untuk pemindahan.
OCHA berkata sebelum pertempuran meletus kawasan itu menempatkan kediaman yang diduduki lebih 110,000 orang.
Katanya, kawasan itu termasuk 32 pusat perlindungan yang menempatkan lebih 140,000 pelarian dalaman, sebahagian besar mereka sebelum ini dipindahkan dari utara.
Tentera Israel semalam berkata operasi darat, udara dan tentera laut ke atas berpuluh-puluh pengganas dan infrastruktur mereka di pusat perintah dan kawalan tentera di Khan Yunis.
Peperangan antara Israel dan Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza bermula selepas kumpulan pejuang itu melakukan serangan berdarah ke atas Israel pada 7 Oktober yang menurut statistik Israel, mengakibatkan kira-kira 1,140 orang terkorban.
Menurut kerajaan Hamas, kempen tentera Israel di Gaza setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 20,000 orang, majoriti adalah kanak-kanak dan wanita. – AFP, BH Online –
IMEDIKEL TV






