Home Sukan IMPIAN SOON HUAT – SHEVON BERKECAI

IMPIAN SOON HUAT – SHEVON BERKECAI

136
0

Kuala Lumpur: Impian pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melakar sejarah muncul beregu campuran pertama negara menjuarai Terbuka China tidak kesampaian.

Ia selepas beregu campuran profesional negara itu tewas 21-16, 14-21, 17-21 di tangan wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi final, hari ini.

Malaysia belum pernah mengungguli saingan Terbuka China dalam acara beregu campuran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1986.

Meskipun gagal muncul juara, Soon Huat-Shevon masih pulang dengan hadiah lumayan berjumlah AS$70,000 (RM294,000) selaku naib juara.

Manakala Yan Zhe-Dong Ping mengaut AS$148,000 (RM622,000) selaku juara.

Pada perlawanan berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu, Soon Huat-Shevon dilihat goyah apabila ketinggalan di awal set pertama.

Bagaimanapun beregu negara itu kembali memperkemaskan rentak permainan mereka untuk mendahului lawan sebelum menang 21-16.

Mendahului di awal set kedua, namun prestasi Soon Huat-Shevon mula merudum sehingga membenarkan lawan mendahului mereka sekali gus tewas dan terpaksa beraksi di set penentuan.

Soon Huat-Shevon cuba memberi saingan di set penentuan namun rentak permainan mereka tidak menjadi sebelum akhirnya terpaksa akur tewas di tangan beregu nombor tiga dunia itu. – HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here