Home Buletin Semasa IMPHB – UMK JALIN KERJASAMA STRATEGIK LAHIRKAN USAHAWAN MUDA

IMPHB – UMK JALIN KERJASAMA STRATEGIK LAHIRKAN USAHAWAN MUDA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi melahirkan usahawan dalam bidang pembuatan produk kesihatan dan kecantikan, khususnya dalam kalangan pelajar serta alumni universiti berkenaan.

Presiden IMPHB, Yusmat Mamat, berkata melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai, kedua-dua pihak akan berkolaborasi dalam pelbagai inisiatif termasuk pembangunan produk jenama sendiri serta pelaksanaan aktiviti berbentuk pameran, program luar dan bengkel keusahawanan.

“MoU ini adalah hasrat kita untuk menjalin kolaborasi IMPHB dan UMK. Tujuannya adalah untuk melahirkan usahawan-usahawan, khususnya dalam bidang pembuatan produk, dalam kalangan pelajar serta alumni UMK yang berminat membangunkan produk jenama sendiri,” katanya ketika ditemui kru IMedikel TV di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan CRI 2025 serta karnival STEM Kebangsaan 2025 Bersempena Festival Idea 2025 Peringkat Negeri Kelantan (FOI@Kelantan), di UMK Kampus Bachok, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Arham Abdullah.

Beliau turut menambah bahawa kerjasama itu bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan, malah dapat memperkukuh jenama IMedikel di peringkat universiti awam.

“Kita juga berhasrat untuk bekerjasama dengan UMK dalam pelbagai aktiviti dan program seperti pameran, aktiviti luar serta inisiatif bersama lain yang boleh membantu menaikkan jenama IMedikel dalam kalangan warga universiti,” katanya.

Kerjasama dengan UMK itu turut dianggap signifikan kerana universiti tersebut adalah antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang aktif dalam melahirkan graduan berjiwa usahawan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here