KOTA BHARU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) sekali lagi menyantuni pekerja mereka dengan mengagihkan sebanyak 185 Bingkisan Ramadan Raya 2025 untuk kali ini.
Menurut Naib Presiden IMPHB, Hasnah Zakaria, bingkisan tersebut diagihkan kepada semua warga kerja IMPHB di sektor pengilangan termasuk warga kerja di setiap anak syarikat iaitu Farmasi IMedikel, IMedikel TV, Iqlima dan lain-lain, pada Khamis.
“Bingkisan Ramadan ini adalah acara tahunan kepada semua warga kerja sejak tahun 2000 lagi.
“Bekalan seperti beras, minyak masak, gula dan pelbagai lagi barangan keperluan makanan asas diagihkan kepada semua warga kerja IMPHB,”katanya.
Beliau berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban warga kerja di IMPHB sepanjang bulan Ramadan ini.
Bukan itu sahaja sumbangan itu adalah tanda terima kasih syarikat kepada seluruh organisai di samping dapat meringankan beban warga kerja dalam persiapan sepanjang Ramadan dan lebaran yang bakal disambut nanti.
Sementara itu, Pegawai dan Pentadbir Sumber Manusia IMPHB, Siti Fatihah Sha’ari berkata dia bersyukur kerana mendapat Bingkisan Ramadan Raya 2025 daripada pihak syarikat.
“Alhamdulillah, saya bersyuukur kerana IMedikel terus menerus memberi sumbangan ini kepada kami warga kerja di sini.
“Tahun ini, kita dapat awal sikit berbanding tahun lepas dan kuantiti lagi banyak. Barang keperluan seperti beras, minyak gula dan lain-lain adalah pilihan yang baik sepanjang bulan Ramadan ini.
“Bukan sahaja menggembirakan warga kerja IMedikel malah sekaligus dapat meringankan beban kami. Semoga IMedikel terus maju dan sentiasa dimurahkan rezeki,”katanya.
Pereka Grafik dan Pentadbir Sosial Media IMedikel TV, Izzatul Azma Sanusi, berkata dia bersyukur kerana syarikat mengagihkan bingkisan tersebut.
“Ini adalah tahun kedua saya menerima Bingkisan Ramadan sejak saya bekerja di sini.
“Tiada apa yang saya ingin ucapkan selain terima kasih kepada pihak pengurusan yang berusaha untuk mengagihkan bingkisan ini untuk kami semua,”katanya.
Katanya, setiap apa yang diberikan sudah tentu ada ganjarannya lebih-lebih lagi apabila bersedekah di bulan Ramadan ini.