Home Segmen Kesihatan ELAK DEHIDRASI SEPANJANG BERPUASA

ELAK DEHIDRASI SEPANJANG BERPUASA

187
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Berpuasa di cuaca yang panas terik, sudah tentu merasa dahaga. Bukan sahaj disebabkan penat bekerja malah keadaan cuaca di luar membuatkan badan kita merasa letih dan tidak bermaya.

Kalau di bulan biasa, sudah tentu kita boleh minum air pada bila-bila masa sahaja. Namun, bagaimana jika kita sedang berpuasa?

Bagi mereka yang kekurangan air di dalam badan bukan sahaja menyebabkan badan keletihan malah mesti ada dalam kalangan kita tidak dapat meneruskan puasa.

Artikel kali ini penulis akan berkongsi kepada pembaca, bagaimana untuk kekal bertenaga di bulan Ramadan dan elak dehidrasi.

Kalau pada bulan biasa mengamalkan minum air sebanyak 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi, begitu juga pada bulan puasa.

Menurut portal hellodoktor memenuhi keperluan air selama waktu tersebut boleh mengurangkan risiko anda mengalami dehidrasi saat berpuasa.

Pastikan anda minum 8 gelas selama di antara waktu berbuka dan sahur, atau lebih dari jumlah itu jika anda rasa perlu lebih banyak.

Anda boleh membahagikan ke dalam pola dua gelas semasa berbuka, empat gelas selepas solat tarawih atau sebelum anda tidur, dan dua gelas lagi ketika sahur.

Atau, anda boleh memecahkan ke dalam pola tiga gelas semasa berbuka, dua gelas sebelum tidur, dan 3 gelas semasa sahur.

Bagaimana cara anda membahagikan jumlah gelas air yang anda ambil semasa berpuasa sebenarnya bergantung pada selera masing-masing.

Apa yang penting adalah pastikan anda memenuhi sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari di bulan Ramadan.

Cecair yang anda ambil boleh dari jus, sirap, atau minuman lain. Bagaimanapun, air putih adalah pilihan yang terbaik bagi anda.

Sebaiknya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein, seperti kopi, teh, dan minuman bersoda.

Minuman berkafein ini mempunyai kesan diuretik yang membuatkan badan lebih banyak kehilangan air.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here