Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu (PKB) menganjurkan Program Commerce Vibes 3C (Courageous, Challenges, Careers) yang menghimpunkan 300 pelajar daripada jurusan Perdagangan hadir ke seminar berkenaan yang turut dihadiri barisan tenaga pengajar jurusan berkenaan.
Ketua Jabatan Perdagangan PKB, Juli Suzlin Mohd Jalaludin, berkata seminar itu turut menjemput wakil industri, IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) bagi membincangkan keusahawanan serta strategi pembangunan produk inovatif.

“Pembabitan sektor industri seperti IMPHB dalam program sebegini amat dialu-alukan bagi memberikan pendedahan sebenar kepada pelajar tentang dunia keusahawanan dan industri pembuatan.
“Keterlibatan industri seperti IMPHB membantu pelajar memahami secara langsung skop sebenar dunia perniagaan dan proses penghasilan produk.
“Kami berharap jalinan kerjasama antara PKB dan IMPHB dapat diteruskan pada program-program akan datang,” katanya.
Program yang berlangsung di Dewan Politeknik Kota Bharu itu menampilkan wakil IMedikel IMPHB sebagai penceramah jemputan bagi berkongsi maklumat berkaitan trend produk, pembangunan produk inovatif dan tatacara pembuatan produk jenama sendiri di kilang IMPHB.
Perkongsian itu disampaikan Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan & Pemasaran Korporat IMPHB, Mohd Firdaus Mohamed Yusoff, yang berkongsi pengalaman berkaitan perancangan dan amalan syarikat dalam sektor industri pembuatan produk, termasuk trend pasaran semasa, pembangunan produk inovatif serta tatacara pembuatan produk jenama sendiri di kilang IMPHB.

“Seramai hampir 300 pelajar jurusan Perdagangan menghadiri seminar tersebut bersama barisan tenaga pengajar jabatan berkenaan.
“Kehadiran yang memberangsangkan ini menunjukkan minat pelajar terhadap bidang keusahawanan dan potensi untuk mengeluarkan produk berjenama sendiri pada masa hadapan.
“Pihak IMPHB menzahirkan penghargaan kepada pihak PKB atas jemputan yang diberikan serta menyatakan kesediaan untuk terus menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi memperkukuh hubungan industri,”katanya.
IMedikel TV






