Home Buletin Semasa IMEDIKEL FARMASI SERU ORANG RAMAI TINGKAT KESEDARAN DIABETES

IMEDIKEL FARMASI SERU ORANG RAMAI TINGKAT KESEDARAN DIABETES

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penyakit kencing manis atau diabetes sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita dan sentiasa menjadi topik perbualan biasa tanpa mendalami kesan atau risiko mereka yang menghidapnya.

Menurut Ahli Farmasi IMedikel, Nurul Shuhada Hamidon, masih ramai individu terutama di negeri Kelantan yang memandang remeh akan penyakit diabetes yang menyebabkan mereka tidak membuat pengesanan dan pengesahan awal tentang masalah kesihatan mereka.

Ahli Farmasi IMedikel, Nurul Shuhada Hamidon, berkata kesedaran tentang penyakit kencing manis dalam kalangan masyarakat di negeri Kelantan masih kurang.

“Ramai lagi individu yang takut untuk membuat pengesanan awal terutamanya yang berisiko mempunyai masalah kencing manis dalam keluarga. Mereka takut untuk berjumpa doktor untuk membuat pengesahan jadi sifat sebegitu amat bahaya melainkan dia berani untuk membuat saringan kesihatan jadi pihak kami masih boleh mencegah segala komplikasi yang berisiko terjadi,” katanya.

Katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Diabetes di IMedikel Farmasi Telipot, di sini, semalam.

Nurul Shuhada berkata, pihaknya dipanggil untuk memberi kesedaran tentang penyakit kencing manis disebabkan masyarakat di negeri ini lebih sinonim dengan makanan dan minuman yang dipengaruhi dengan rasa manis.

Selain itu, katanya, ada juga individu yang aktif bersukan namun mereka tidak menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

“Walaupun kita bersenam tapi kita tidak menjaga pemakanan, kerap minum makanan dan minuman yang manis, jadi sikap ini juga boleh membawa risiko kepada penyakit kencing manis walaupun kita sudah aktif bersukan.

“Terdapat banyak risiko yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah saraf boleh rosak menyebabkan mata boleh buta, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa ujian saringan kesihatan secara percuma yang disediakan menerusi program tersebut termasuk pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah, tahap kesihatan mata dan orang ramai berpeluang untuk menderma darah.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here