Home Sukan IGA MUDAH ATASI EMMA

IGA MUDAH ATASI EMMA

MELBOURNE: Pilihan kedua, Iga Swiatek dari Poland mempamer aksi ‘kejam’ pada pusingan ketiga Terbuka Australia selepas mudah menewaskan Emma Raducanu dari Britain 6-1, 6-0, semalam sekali gus mara ke pusingan keempat.

Iga memulakan perlawanan dengan memenangi servis manakala Emma turut memenangi servis pada permainan berikutnya. Namun, selepas itu, Emma gagal memberikan tentangan sepanjang perlawanan.

“Saya tidak akan mengatakan saya kejam. Saya hanya cuba mengekalkan sikap dan fokus yang sama, tidak kira berapa pun jumlah mata yang diraih,” kata Iga, juara empat kali Terbuka Perancis dan pemenang Terbuka AS 2022.

“Saya tidak bermaksud mahu menunjukkan sesuatu. Saya hanya bermain seperti biasa. Jika ia membuahkan hasil, mengapa perlu berhenti?

“Saya juga pernah melihat banyak perlawanan di mana seseorang pemain bangkit walaupun ketinggalan seperti 2-5. Anda harus terus berusaha. Ia belum berakhir sehingga ia benar-benar berakhir,” katanya lagi.

Iga nyata berpuas hati dengan prestasinya apabila berkata: “Sudah pasti saya rasa hebat. Saya rasa seperti bola mengikuti arahan saya. Jadi, saya rasa sangat santai.

“Pada akhirnya, semua taktik dan apa yang saya mahu lakukan dapat dilaksanakan. Jadi, saya hanya meneruskannya.”

Emma pula nyata tidak berpuas hati dengan tahap permainnya sehingga mengalami kekalahan yang amat teruk.

“Keputusan perlawanan menceritakan segala-galanya. Jika saya tak dapat memanfaatkan servis serta menguasai perlawanan, ia akan mempengaruhi keseluruhan permainan saya,” katanya. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here