Home Buletin Semasa `IFE FOUNDATION’ SALUR BANTUAN BANJIR

`IFE FOUNDATION’ SALUR BANTUAN BANJIR

247
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Kerajaan Kelantan menghargai bantuan bencana banjir yang diberikan terutama daripada Yayasan Kewangan Ekonomi Antarabangsa (IFE FOUNDATION).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata, sumbangan tersebut merupakan yang terbesar pernah diterima di negeri ini.

“Saya difahamkan yayasan ini menyumbangkan tilam sebanyak 500 unit pelbagai saiz, 850 bantal dan keperluan asas seperti makanan sebanyak 600 hingga 1000 pek dan juga air mineral.

“Mungkin ini bukan kali pertama dan akan ada susulan selepas daripada ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima sumbangan di Pasir Pekan, di sini, hari ini.

Jelas beliau, kira-kira 316 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka sepanjang banjir gelombang pertama dan merekodkan jumlah keseluruhan mangsa seramai 114,730 orang termasuk 35,444 keluarga.

Sementara itu, Naib Pengerusi IFE, Aida Lim Abdullah, berkata sumbangan tersebut merupakan inisitif pihaknya agar dapat sama merasai kesusahan yang dilalui oleh rakyat di negeri ini.

“Fokus kita memang negeri Kelantan sebab kesan paling teruk sekali dan bencana yang tidak disangka.

“Dengan rasa simpati IFE menyumbangkan secara ikhlas walaupun bukan boleh bagi semua sekali tapi kita agihkan yang seberapa boleh yang kita ada untuk sokongan kali ini,” katanya.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Rohani Ibrahim, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Roslan Wan Hamat pada program tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here