Home Hiburan IBU GEMBIRA KRU KEMBALI BERKUMPUL HASILKAN ALBUM

IBU GEMBIRA KRU KEMBALI BERKUMPUL HASILKAN ALBUM

309
0

KUALA LUMPUR: Selepas album Krunomena pada 2003, trio adik-beradik KRU kini teruja dan gembira dapat melancarkan album terbaru berjudul Kaset.

Memetik laporan harian Metro, album terbabit yang memuatkan 10 lagu itu cukup istimewa di hati anggota KRU iaitu Datuk Norman, 53, Datuk Yusry, 52, dan Edry, 49, kerana mengembalikan semula nostalgia indah mereka pada awal kemunculan di era 1990-an.

Norman berkata, album Kaset juga dihasilkan dalam format kaset dan cakera padat (CD) bagi penggemar tegar mereka untuk dijadikan koleksi, selain boleh distrim di platform digital oleh peminat generasi baru.

“Bagi peminat yang ingin mendapatkan album Kaset ini dalam bentuk kaset, kami hanya mencetak sebanyak 300 unit saja dan ‘limited’ (terhad), manakala CD pula kita cetak lebih kurang 3,000 unit” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran dan pra-dengar album Kaset di ibu kota, malam tadi.

Norman berkata, untuk menjual 1,000 unit CD sekarang adalah cukup susah. Selain itu, mereka juga akan membuat jualan ketika Konsert GENKRU pada 3, 4 dan 10 Mei depan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menurut Yusry, penjualan album dalam format kaset tidak dikeluarkan dalam jumlah banyak kerana tidak ramai orang masih mempunyai pemain kaset di rumah ketika ini.

“Jadi, ia untuk simpanan saja sebenarnya,” katanya.

Bagi Edry pula, dia puas KRU dapat menghasilkan album itu yang sangat membuatkan ibu mereka, Zarina Abdul Wahab Fenner gembira.

“Ibu kami adalah insan yang paling gembira apabila dia dapat melihat KRU berkumpul semula dan kembali bersama menghasilkan album Kaset ini. Jadi, saya rasa amat bahagia.

“Ketika rakaman, kami buat di rumah adik sebab ibu bapa tinggal bersamanya. Tapi, ibu kami yang didapati sangat gembira dan Alhamdulillah, usaha ini berjaya juga dihasilkan,” katanya.

Antara lagu-lagu dimuatkan dalam album Kaset yang juga album ke-15 KRU dalam tempoh 30 tahun ini ialah Hambadansa, One More Time, Remaja Selamanya, GOAT, Selamat Hari Lahir, Voodoo, Sampai Sini Saja, High Maintenance, Ciptaan Sempurna dan Agung. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here