Home Buletin Semasa IBARAT MULA BERNIAGA PADA HARI PERTAMA

IBARAT MULA BERNIAGA PADA HARI PERTAMA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Ramai terkesan dengan banjir kali ini yang digambarkan lebih teruk berbanding banjir 2014, 10 tahun lalu.

Seorang pengusaha kedai makan di Lubuk Jong di sini, Zaleha Ariffin, 38, berkata keadaan banjir tahun ini memusnahkan hampir keseluruhan kedai yang diusahakan bersama suaminya.

“Hanya boleh gambarkan, kami perlu bermula semula dari bawah untuk memulakan perniagaan.

“Banyak kerosakan di dalam kedai termasuk dinding dan pintu kedai pecah. Hampir 50 peratus meja dan kerusi terpaksa dibeli baru kerana banyak yang hanyut dan rosak teruk.

“Barangan basah dan kering, termasuk peti sejuk dan peti sejuk beku (freezer) yang diletakkan di tempat tinggi juga musnah semuanya,”katanya.

Menurut Zaleha mereka tidak menyangka air akan naik mendadak sehingga paras dada.

“Kalau dibandingkan dengan 10 tahun lalu, air di kedai paras pinggang, tahun ini naik hingga ke paras dada.

“Memang tidak dapat diluahkan perasaan ini, namun kami reda dengan ujian Allah. Buat masa sekarang kami masih mencari sisa barangan kedai termasuk kerusi yang dihanyutkan,”katanya.

Menurut Zaleha mereka belum boleh mengemas dan mencuci kedai kerana bekalan elektrik masih belum disambung.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here