Home Segmen Kesihatan HILANGKAN BATUK DENGAN CARA TRADISIONAL

HILANGKAN BATUK DENGAN CARA TRADISIONAL

294
0

Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai orang mengalami demam dan batuk berpanjangan.

Demam,batuk dan selesema adalah penyakit tiga sekawan dan ia sering datang dan pergi begitu sahaja meskipun tidak mengambil sebarang ubatan atau rawatan.

Namun begitu, ia bukan alasan bagi individu tersebut untuk membiarkannya tanpa mendapatkan ubatan dan rawatan klinikal.

Walaupun begitu, selain pengambilan ubat dari hospital, terdapat juga beberapa cara tradisonal lain yang boleh dilakukan di rumah untuk merawat masalah batuk.

Antara cara untuk menghilangkan batuk ialah:

  1. Madu: merupakan bahan yang popular untuk membantu dalam melegakan pelbagai gejala atau masalah kesihatan termasuk melegakan batuk. Ubat batuk yang dijual juga mempunyai kandungan madu di dalamnya.
  2. Bernafas dengan wap air panas: batuk juga mampu dilegakan melalui wap daripada air panas. Pesakit boleh cuba meletakkan air panas di dalam mangkuk, dan bernafas dengan udara wap yang dihasilkan daripada air panas tersebut dan tutup kepala menggunakan tuala supaya wap tersebut tidak bebas keluar.
  3. Halia: penggunaan halia mampu melegakan batuk kering ataupun batuk daripada penyakit asma kerana ia mempunyai kandungan yang boleh meredakan keradangan.
  4. Berkumuh menggunakan air panas: antara cara lain yang boleh digunakan untuk meredakan batuk adalah dengan berkumuh menggunakan air garam. Ia merupakan petua hilangkan batuk dan gatal tekak. Berkumuh dengan air garam bukan sahaja mampu melegakan batuk tetapi ia juga mampu membantu membersihkan kawasan mulut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here