Home Hiburan HARRIS ANNUAR DAN ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

HARRIS ANNUAR DAN ISTERI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

125
0

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Harris Annuar dan isteri, Asha Merican bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan mereka menerusi hantaran video di media sosial memaparkan Harris berkongsi detik menyentuh hati apabila Asha melihat keputusan ujian kehamilan itu positif.

Dalam hantaran berkenaan, Asha dilihat terkejut seketika sebelum mengukir senyuman lebar dan terus memeluk erat suaminya selepas mengesahkan berita gembira itu.

Bagaimanapun, Harris sempat berseloroh di ruangan kapsyen meluahkan kebimbangannya sekiranya isterinya itu kembali mengidam perkara yang pelik seperti kehamilan sebelum ini.

“Alhamdulillah, jangan dia minta bau simen lagi sudah,” tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.

Terdahulu, gelagat Asha ketika hamil anak pertama pernah menjadi tular dan mencuri perhatian netizen apabila dia mengalami fasa mengidam yang luar biasa termasuklah menghidu bau simen, makan sabun serta bermain permainan lato-lato.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aura Medina yang kini berusia tiga tahun. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here