Home Buletin Semasa HARGA RUNCIT RON97 DAN DIESEL SEMENANJUNG MALAYSIA TURUN 3 SEN

HARGA RUNCIT RON97 DAN DIESEL SEMENANJUNG MALAYSIA TURUN 3 SEN

441
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak tiga sen masing-masing RM3.18 seliter dan RM2.85 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, perubahan harga pasaran minyak dunia ini berkuatkuasa selama lima hari bermula hari ini hingga 9 Julai nanti.

“Bagaimanapun. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter berkuatkuasa pada tarikh sama.

“Kerajaan akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelasnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here