Home Hiburan HADIAH BUAT NEGARA, TRISHA SINGKIRKAN DINDA

HADIAH BUAT NEGARA, TRISHA SINGKIRKAN DINDA

172
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Trisha Ooi yang dikenali dengan gelaran ‘The Nyx’ berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila menewaskan wakil Indonesia, Dinda ‘Srikandi Maut’ dalam kejohanan tinju antarabangsa All Star Championship Series: Dubai Edition 2026 yang berlangsung di Round 10, Boxing Club, Dubai, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, perlawanan berlangsung dalam format tiga pusingan yang sengit dengan Trisha bangkit mendominasi dua pusingan terakhir sebelum menlakar kemenangan menerusi majoriti juri dengan agregat 29-28.

Trisha, 26, meluahkan rasa syukur kerana ia bukan sahaja pencapaian peribadinya tetapi dapat menghadiahkan kemenangan itu untuk keluarga dan negara.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Paling penting, saya dapat hadiahkan kemenangan ini untuk ‘mommy’ dan juga Malaysia.

“Lawan saya adalah petinju yang sangat agresif dan bagus, jadi ini bukan perlawanan yang mudah. Tapi saya berjaya bangkit pada pusingan kedua dan ketiga dan itu yang paling bermakna untuk saya. 

“Saya juga ingat kata-kata Jack Dempsey, ‘A champion is someone who gets up when they can’t.’ Itu yang saya pegang sepanjang perlawanan ini,” katanya yang kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya, Nar’sata: Sekutu Setan akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Mei ini.

Kejayaan Trisha juga membabitkan hasil persiapan rapi termasuk latihan intensif dan kawalan diet yang ketat bagi memastikan dia kekal dalam kategori flyweight sepanjang kejohanan.

Walaupun berdepan lawan yang tampil agresif sejak awal, Trisha berjaya mengekalkan disiplin dan strategi sepanjang perlawanan.

Berdasarkan pemarkahan juri, pusingan pertama memihak kepada lawan dengan skor 9-10, sebelum Trisha menguasai pusingan kedua dan ketiga dengan skor 10-9, 10-9 hasil kelebihan dari segi ‘footwork’ yang lebih kemas serta tekanan serangan yang konsisten.

Kemenangan Trisha juga mencerminkan potensi bakat tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang.

All Star Championship Series adalah kejohanan tinju berkonsepkan pempengaruh yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara termasuk Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia.–HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here