Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan had kelayakan program BUDI95 kekal pada kadar 200 liter sebulan termasuk bagi bulan Jun 2026.
Menerusi makluman yang disiarkan di laman rasmi kementerian itu, paparan had bulanan sebanyak 150 liter yang dilihat oleh sebahagian pengguna baru-baru ini adalah berpunca daripada ralat teknikal semasa kerja-kerja penyelenggaraan sistem BUDI95 pada malam Ahadi lalu.
“Semasa penyelenggaraan sistem BUDI95 pada malam 31 Mei lalu, sebahagian pengguna mungkin telah melihat paparan had bulanan sebanyak 150 liter.
“Untuk makluman, had BUDI95 kekal 200 liter sebulan termasuk bagi bulan Jun 2026,” menurut makluman tersebut.
Kementerian turut menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dibuat terhadap had bulanan program BUDI95 seperti yang ditetapkan sebelum ini.
IMedikel TV






