Home Sukan HAALAND LEDAK EMPAT GOL,CITY TERUS TEKAN ARSENAL

HAALAND LEDAK EMPAT GOL,CITY TERUS TEKAN ARSENAL

120
0

MANCHESTER, England: Erling Haaland menyumbat empat gol membantu Manchester City membelasah Wolves 5-1 untuk merapatkan jurang kepada satu mata di belakang Arsenal selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Bournemouth 3-0 malam tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,City bertindak balas susulan kemenangan Arsenal beberapa jam sebelum itu dengan berpesta gol di Stadium Etihad.

Anak buah Pep Guardiola mendahului pada minit ke-12 apabila Rayan Ait-Nouri mengasari Josko Gvardiol, menghadiahkan lawan penalti yang disempurnakan Haaland melepasi jangkauan penjaga gol Jose Sa.

Haaland meraih gol kedua City pada minit ke-35 apabila dia melonjak tinggi untuk menyambut hantaran silang Rodri dengan satu tandukan padu yang mengelirukan Sa.

Pada masa kecederaan babak pertama, Nelson Semedo menjatuhkan Haaland untuk memberikan City satu lagi penalti yang mudah disumbat masuk penyerang Norway itu.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol kedua ketika menentang Wolves pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Hwang Hee Chan membalas satu gol buat Wolves pada minit ke-53 selepas penjaga gol City, Ederson melakukan kesilapan.

Namun Haaland, yang jelas kelihatan tidak gembira apabila dikeluarkan pada hujung saingan, mengumpul 36 gol dalam semua pertandingan musim ini apabila dia melencongkan bola ke penjuru gol pada minit ke-54.

Jaringan Julian Alvarez pada minit ke-85 melengkapkan kemenangan keenam berturut-turut City dalam liga, melebarkan catatan tanpa kalah mereka dalam pertandingan itu kepada 20 perlawanan.

Juara bertahan itu, yang beraksi kurang satu perlawanan berbanding Arsenal, akan merangkul kejuaraan Inggeris keempat berturut-turut jika menang semua tiga aksi terakhir mereka.

Mereka menuju ke Fulham Sabtu depan sebelum bertandang ke Tottenham pada 14 Mei dan melayan kunjungan West Ham lima hari kemudian.

“Tiga perlawanan, harapnya kami menang perlawanan pertama dan kedua dan tiba di perlawanan ketiga dalam keadaan selesa,” kata Guardiola.

Ditanya mengenai reaksi Haaland susulan penggantiannya, Guardiola menambah: “Dia kecewa terhadap pengadil. Dengan bola tinggi kadang-kadang mereka menolaknya dan dia ditarik.

“Namun Erling kembali menggegar. Penalti sudah pasti tetapi gol kedua dan keempat luar biasa.” – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here