Home Buletin Semasa PMX KECAM KERAS SERANGAN TERHADAP ANGGOTA POLIS DI KEPONG

PMX KECAM KERAS SERANGAN TERHADAP ANGGOTA POLIS DI KEPONG

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras insiden serangan oleh seorang warga asing terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas di Kepong.

Beliau turut mendoakan agar anggota polis terbabit segera diberikan kesembuhan susulan kejadian berkenaan.

“Sebarang bentuk jenayah dan keganasan, khususnya yang menyasarkan anggota penguat kuasa ketika menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, sama sekali tidak boleh diterima,” tegasnya.

Beliau menegaskan, tindakan tegas perlu diambil terhadap setiap perbuatan jenayah tanpa mengira identiti atau latar belakang pelakunya.

Katanya, langkah itu penting bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang selain memastikan keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas sentiasa terjamin.

Terdahulu media melaporan seorang anggota polis putus pergelangan tangan kanan akibat ditetak lelaki bersenjatakan parang di sebuah pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong petang semalam.

Anggota berkenaan kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menyambung semula anggota badan berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here