Home Hiburan QUE HAIDAR JELAS ISU FAZURA PANGGIL ‘AYANG’, SEKADAR USIKAN

QUE HAIDAR JELAS ISU FAZURA PANGGIL ‘AYANG’, SEKADAR USIKAN

SHAH ALAM: Pelakon, Que Haidar menjelaskan video tular yang memperlihatkan pelakon, Nur Fazura memanggilnya sebagai ‘ayang’ disifatkan hanya usikan biasa antara dua sahabat lama.

Memetik laporan Harian Metro, Que, 47, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mengakui Fazura antara wanita dan sahabat paling rapat dengannya ketika ini di mana persahabatan mereka sudah terjalin sejak zaman muda lagi.

“Kami memang suka bergurau dari dulu lagi. Daripada zaman muda-muda dulu pun Fazura suka bergurau dan saya pun sama. Cuma saya ini pemalu sedikit, dia pula agak berani dan memang suka menyakat.

“Dia memang begitu, suka kacau orang. Bukanlah kacau nak memikat, tetapi sekadar mengusik kawan lama. Video itu pun memang usikan semata-mata,” katanya.

Que berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Nak Dengar Cerita Hantu 2 di Setia Alam, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Que menyifatkan keperibadian Fazura sebagai seorang insan yang memiliki hati sangat baik, prihatin dan sentiasa mengambil berat.

“Fazura ada hati yang baik, daripada dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Dia seorang yang sangat mengambil berat terhadap orang sekeliling dan ada sisi kelakar tersendiri,” katanya.

Katanya, gandingan semula mereka menerusi sebuah kempen jenama pakaian mengembalikan keserasian lama kerana pernah membintangi naskhah filem bersama sebelum ini.

“Bila digandingkan kembali bersama Fazura, sudah tentu saya rasa teruja kerana dia kawan lama saya dan saya selesa bekerja dengannya. Sekarang ini, dia memang antara sahabat wanita yang paling rapat dengan saya,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video dari sesi siaran langsung di media sosial memaparkan kemesraan kedua-dua pelakon berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.

Sementara itu, drama bersiri Nak Dengar Cerita Hantu 2 lakonan Que ditayangkan di saluran Degup Unifi TV yang bersiaran sejak 21 September lalu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here