Home Luar Negara 70,000 PENDUDUK BERPINDAH AKIBAT BANJIR DI BRAZIL

70,000 PENDUDUK BERPINDAH AKIBAT BANJIR DI BRAZIL

106
0

BRASILIA: Hampir 70,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan banjir besar, tanah runtuh dan ribut kuat di selatan Brazil, dengan bandar utama Porto Alegre sangat terjejas, kata agensi pertahanan awam negara itu semalam.

Menurut agensi pertahanan awam, banjir besar itu menyebabkan 57 maut, 74 orang cedera dan 67 lagi hilang.

Jumlah korban tidak termasuk dua orang yang maut dalam letupan di stesen minyak yang ditenggelami air di Porto Alegre, disaksikan oleh wartawan AFP, ketika kru penyelamat cuba mengisi minyak.

Paras air yang meningkat dengan cepat di Rio Grande do Sul memberi kesan kepada empangan, selain mengancam Porto Alegre dari segi ekonomi, sebuah bandar didiami 1.4 juta penduduk.

Sungai Guaiba, yang mengalir melalui bandar, merekodkan paras tertinggi dalam sejarah iaitu 5.04 meter (m), di atas 4.76 m yang menjadi rekod sejak banjir pada 1941.

Pihak berkuasa bertindak mengosongkan kawasan kejiranan yang berpaya ketika penduduk berusaha menyelamatkan diri.

Sebagai tambahan kepada 69,200 penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah mereka, pertahanan awam juga berkata, lebih sejuta orang kekurangan bekalan air boleh diminum, di tengah-tengah banjir sekali gus memberi gambaran betapa teruknya kerosakan akibat bencana itu.

Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite berkata, negerinya biasanya antara yang paling tenang di Brazil, memerlukan ‘Pelan Marshall’ iaitu pelaburan besar untuk membangunkan semula selepas dilanda malapetaka.

Di banyak kawasan, kelihatan orang ramai berbaris menaiki bas, walaupun perkhidmatan pergi dan balik dari pusat bandar dibatalkan.

Sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Porto Alegre menggantung semua penerbangan pada Jumaat untuk tempoh yang tidak ditentukan.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva memuat naik video menunjukkan helikopter meletakkan seorang anggota tentera di atas sebuah rumah menunjukkannya menggunakan batu bata untuk menebuk lubang di bumbung dan menyelamatkan bayi yang dibalut dengan selimut. – AFP, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here