Home Buletin Semasa GURU WANITA DIPERCAYAI REMPUH PELAJAR DI HADAPAN SURAU DIREMAN DUA HARI

GURU WANITA DIPERCAYAI REMPUH PELAJAR DI HADAPAN SURAU DIREMAN DUA HARI

148
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang guru wanita direman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah menyebabkan salah seorang pelajar Tingkatan Satu maut tengah hari semalam.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 57 tahun itu bermula hari ini hingga esok dikeluarkan Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah.

Tahanan reman itu dilakukan bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, guru terbabit tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.40 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan diiringi anggota polis.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya cedera parah akibat dirempuh oleh sebuah kereta yang dipercayai tertekan pedal minyak di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here