Home Buletin Semasa GOLONGAN LGBT TIDAK DITERIMA DI KELANTAN – TMB

GOLONGAN LGBT TIDAK DITERIMA DI KELANTAN – TMB

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan sama sekali tidak terima golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” tegas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sambil memberi amaran bahawa negeri itu tidak menyediakan ruang untuk kumpulan tersebut.

Beliau berkata, isu itu (LGBT) menjadi kes besar apabila berlaku di negeri berkenaan.

“Barangkali jika berlaku di negeri lain mungkin tidak jadi isu tetapi di sini kita tidak boleh terima perkara-perkara seperti itu.

“Benda ini (LGBT) telah berlaku pada zaman Nabi Luth lagi dan Allah SWT mencelanya, ia bukan sesuatu yang baru,” katanya ketika ditemui selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnamin di sini, hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, rakyat Kelantan juga tidak pernah menerima golongan tersebut.

Terdahulu, polis menyerbu program berkenaan pada jam 1 pagi, 17 Jun lalu serta merampas ubat HIV dan kondom.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Yusoff Mamat dilaporkan berkata, operasi itu dijalankan susulan maklumat awam dan risikan oleh pasukan khas selepas menerima aduan mengenai satu acara bertemakan makanan yang didakwa dianjurkan untuk komuniti gay.

Bagaimanapun, beberapa NGO menolak dakwaan bahawa ia ‘parti gay’ sebaliknya menjelaskan bahawa program itu bertujuan memberikan maklumat berkaitan kesihatan seksual dan HIV, mengedar kondom serta menawarkan ujian saringan secara sukarela bagi menggalakkan amalan seks yang lebih selamat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here