Home Sukan GIRONA MAHU NIKMATI AKSI LIVERPOOL

GIRONA MAHU NIKMATI AKSI LIVERPOOL

GIRONA: Girona akan melayan kunjungan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah esok (awal pagi Rabu) dengan sasaran untuk melakar kenangan manis sebelum impian Eropah mereka berakhir.

“Kami tiba di tempat yang menjadi impian buat kami, impian yang perlu dinikmati semua,” kata pengendali Girona, Michel Sanchez.

Kelab Catalan itu menghuni tangga ke-30 Liga Juara-Juara selepas tewas empat kali dan menang sekali dalam lima perlawanan pertama.

Baki tiga perlawanan menanti Girona cukup sukar. Selepas kunjungan Liverpool, mereka akan bertandang ke Itali berdepan AC Milan dan bertemu Arsenal di laman sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan.

Liverpool kendalian Arne Slot berada di puncak Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara selepas menewaskan juara Inggeris, Manchester City serta juara Eropah, Real Madrid beberapa minggu lalu.

Kemenangan ke atas Real adalah kemenangan kelima berturut-turut Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Musim lalu Girona bersaing sengit dengan Real dalam perebutan gelaran La Liga tetapi terpaksa akur dengan kehebatan gergasi Sepanyol itu di akhir musim.

Ini adalah musim keempat Girona bersaing di liga tertinggi Sepanyol, dengan skuad kendalian Sanchez dua kali menewaskan satu lagi pasukan gergasi La Liga, Barcelona.

Bagaimanapun mereka dua kali dibelasah Madrid, 3-0 di laman sendiri dan 4-0 di Santiago Berbabeu.

Kali pertama Girona bersaing di La Liga ialah pada tahun 2017 dan tersingkir pada tahun 2019 sebelum kembali pada tahun 2022. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here