KOTA BHARU: Kedah Darul Aman (KDA FC) menepati ramalan apabila membelasah Kelantan FC 6-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV,malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Kenari terus menghambat Selangor dalam perebutan naib juara Liga Super untuk meraih slot ke Asia.
Memetik laporan menerusi berita harian,Bolos enam gol menyaksikan gawang Kelantan kini sudah robek sebanyak 108 kali dalam 24 perlawanan, sekali gus menjadi pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Super bagi semusim.
Ifedayo Olusegun membuktikan ketajamannya apabila meledak empat gol bermula seawal minit keenam menerusi sepakan penalti dan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-26.
Selang tiga minit kemudian, Wan Amirul Afiq Wan Abd Rahman melakar gol pertama beliau musim ini menerusi rembatan kencang menewaskan Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi untuk gol ketiga skuad Kenari.
Ifedayo menambah derita tuan rumah apabila mencipta hatrik seminit kemudian selepas bijak menyambar bola hantaran K Partiban.
Kelantan bagaimanapun skuad kendalian Nafuzi Zain apabila rembatan pemain gantian, Haziman Che Ngah menggegar gawang pelawat pada minit ke-73.
Ifedayo terus menjarakkan kedudukan dengan menambah gol kelima Kedah pada minit ke-79 sebelum rembatan Muhammad Arif Farhan Md Isa, empat minit sebelum tamat melengkapkan kemenangan bergaya Kedah.-BH ONLINE-
Imedikel TV






