LIVERPOOL, England: Pemain Manchester United, Alejandro Garnacho meledak satu gol menakjubkan pada minit ketiga untuk membantu pelawat menang 3-0 ke atas Everton yang dirundung malang apabila ditolak 10 mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Bintang Argentina berusia 19 tahun itu melakukan sepakan akrobatik dengan menyambut hantaran silang Diogo Dalot, merembat bola masuk ke penjuru gol melepasi penjaga gol Jordan Pickford yang terpedaya sebelum meraikannya dengan cara Cristiano Ronaldo di Goodison Park.
Memetik laporan AGENSI berita harian,Satu sepakan penalti Marcus Rashford dan penamat bijak Anthony Martial melengkapkan kemenangan pada babak kedua.
Gol Garnacho sudah disamakan dengan jaringan terkenal Wayne Rooney buat United dalam aksi jiran tetangga Manchester pada tahun 2011.
“Menakjubkan – sesuatu yang mengagumkan dan saya tiada kata-kata boleh menggambarkannya. Ia memang terbaik. Istimewa daripada seorang budak istimewa,” kata kapten United, Bruno Fernandes.

“Saya yakin dia boleh menyempurnakan sepakan penalti itu dan Marcus melakukannya dengan sempurna.”
Martial kemudian menyebabkan beratus-ratus penyokong Everton menuju ke pintu keluar Goodison Park pada minit ke-75 apabila dia meluru menyambut hantaran Fernandes dan menyungkit bola melepasi Pickford bagi satu gol mudah.
United, yang bergelut dengan permulaan musim terburuk mereka dalam tempoh 61 tahun, menang lima daripada enam perlawanan terakhir mereka dan lima kemenangan serta 15 mata sejak awal Oktober adalah pencapaian terbaik dalam liga. – REUTERS-BH ONLINE-
Imedikel TV






