Home Buletin Semasa PASANGAN SUAMI ISTERI MEMBABITKAN TRANSAKSI RATUSAN RIBU RINGGIT

PASANGAN SUAMI ISTERI MEMBABITKAN TRANSAKSI RATUSAN RIBU RINGGIT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan dua (2) individu disyaki melakukan kesalahan menuntut atau menyetujui terima bayaran tanpa niat untuk membekalkan pakaian yang dijual secara dalam talian pada 11 Mei baru-baru ini.

Penahanan dua individu terbabit yang juga pasangan suami isteri itu dilakukan di pejabat KPDN cawangan Manjung, Perak susulan siasatan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam berhubung penjualan pakaian secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri yang tidak wujud.

Aduan dibuat ke atas syarikat yang beralamat di Sitiawan, Perak di mana pengadu telah membuat pembelian bagi sepasang baju kurung setelah melihat tawaran iklan penjualan baju kurung berkenaan melalui laman sosial Facebook milik suspek.

Namun, setelah pembayaran dilakukan sehingga tempoh aduan ini dibuat, baju kurung yang dibeli tidak diterima oleh pengadu.

Siasatan awal ke atas aduan, pihak KPDN berjaya mengesan maklumat/butiran suspek seterusnya siasatan dilakukan ke atas individu terbabit yang juga pemilik syarikat itu.

Setelah rakaman percakapan dilakukan, pihak KPDN telah bertindak menahan dua (2) individu berkenaan bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, suspek telah menerima wang daripada pelanggan melalui akaun bank syarikat mereka membabitkan jumlah ratusan ribu ringgit sepanjang pengiklanan di Facebook.

Kedua-dua suspek warganegara tempatan berumur lingkungan 40-an dihadapkan di Mahkamah Majistret Manjung bagi permohonan reman.

Majistret telah membenarkan tempoh empat (4) hari reman bermula 12 Mei 2023 sehingga 15 Mei 2023.

Berdasarkan rekod, KPDN telah menerima sejumlah 100 aduan 2 daripada seluruh Negara berkaitan penipuan jualan yang dilakukan oleh suspek secara dalam talian.

Sumber KPDN

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here