Home Sukan KEDAH TIDAK PANDANG KELANTAN SEBELAH MATA

KEDAH TIDAK PANDANG KELANTAN SEBELAH MATA

154
0

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil langkah-langkah berjaga-jaga apabila melayan kunjungan lawan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

Ketua jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain berkata, skuadnya tidak sesekali akan mengambil mudah pada aksi di laman sendiri walaupun berdepan The Red Warriors (TRW) yang berada di dasar liga.

“Kita tidak boleh anggap mudah berdasarkan kedudukan Kelantan ketika ini kerana mereka memiliki kekuatan tersendiri dan mampu melakukan kejutan.

“Jika kita pandang mudah dan leka, kita boleh dihukum. Jadi, kita perlu beri aksi yang terbaik seperti apa yang dirancangkan dan perlu elak dari melakukan kesilapan mudah,” katanya.

Menurut Nafuzi beliau mahukan momentum kemenangan diteruskan di laman sendiri.yang diperoleh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC pada 28 April lalu.

Sang Kenari ketika ini berada pada kedudukan kelima liga dengan mengumpul 19 mata melalui enam kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.

Kelantan pula menghuni tangga ke-13 liga apabila hanya sekadar mengumpul empat mata sepanjang aksi Liga Super berlangsung.

Sumber BH ONLINE

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here