Home Luar Negara DUNIA MESTI KURANGKAN PENGGUNAAN PLASTIK – PBB

DUNIA MESTI KURANGKAN PENGGUNAAN PLASTIK – PBB

123
0

PARIS: Dunia mesti mengurangkan hingga separuh penggunaan plastik sekali pakai dan mengurangkan pembuangannya untuk mencegah pencemaran alam sekitar.

Menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, isu pencemaran plastik akan menjadi kritikal dalam beberapa tahun akan datang.

Kekhuatiran memuncak mengenai kesan sisa plastik ini, susulan serpihan mikroplastik ditemui dari dasar lautan paling dalam sehinggalah di puncak Gunung Everest.

Dalam tubuh manusia, ia boleh dikesan dalam darah, susu ibu dan plasenta.

Laporan yang disiapkan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) itu dikeluarkan dua minggu sebelum perunding dari hampir 200 negara bertemu di Paris bagi rundingan pusingan baru, bertujuan mencapai persetujuan undang-undang pada 2024, demi menghentikan pencemaran plastik.

Ia mengandungi tiga cabang berdasarkan penggunaan semula, kitar semula dan mempelbagaikan bahan yang digunakan, untuk membendung pencemaran plastik sekitar 80 peratus menjelang 2040 secara keseluruhan, dan mengurangkan separuh pengeluaran plastik sekali pakai.

Menurut laporan itu, penyelidik menganggarkan bahawa plastik boleh mengeluarkan 19 peratus gas rumah hijau global menjelang 2040.

Ini pada dasarnya akan menghalang dunia daripada memenuhi komitmen Perjanjian Paris untuk mengehadkan kenaikan purata suhu permukaan planet kepada 1.5 darjah Celsius, melebihi paras pra industri.

“Cara kita membuat, menggunakan dan melupuskan plastik, mengakibatkan pencemaran ekosistem, menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia dan menggugat kestabilan iklim, kata Inger Andersen, pengarah eksekutif UNEP.

Beliau berkata, perancangan yang disediakan dalam laporan itu ‘akan mengurangkan risiko secara ketara, dengan mengamalkan pendekatan bagi menghapuskan plastik dalam ekosistem, dari dalam darah kita dan juga ekonomi’.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here