Home Luar Negara JOHNSON & JOHNSON SEDIA AS$400 JUTA SELESAIKAN TUNTUTAN PENGGUNA

JOHNSON & JOHNSON SEDIA AS$400 JUTA SELESAIKAN TUNTUTAN PENGGUNA

128
0

NEW YORK: Syarikat Johnson & Johnson (J&J) memperuntukkan AS$400 juta (RM1.8 bilion) bagi menyelesaikan tuntutan perlindungan pengguna sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS).

Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenuhi tuntutan keseluruhan bernilai AS$8.9 bilion (RM40.2 bilion) ke atas bedak bayi dan produk bedak lainnya yang dikatakan menyebabkan barah.

Anak syarikat J&J, LTL Management, memfailkan prosiding muflis di New Jersey pada Isnin, dengan memberi butir-butir bagaimana syarikat itu mahu membayar mangsa barah jenis yang berlainan.

J&J berkata produk bedak keluarannya adalah selamat dan tidak menyebabkan barah.

Ia sedang cuba buat kali kedua untuk menyelesaikan tuntutan undang-undang lebih 38,000 kes dan mengelakkan kes tuntutan baru pada masa depan.

Usul muflis LTL itu memerlukan pembayaran AS$400 juta (RM1.8 bilion) kepada sebuah badan pewaris berasingan.

Ia bertujuan memenuhi tuntutan dikemukakan peguam negara, yang mendakwa J&J melanggar amalan perniagaan adil dan perlindungan pengguna, mengenai keselamatan produk-produk bedak keluarannya.

Beberapa negeri di AS mula mengambil tindakan perlindungan pengguna terhadap J&J sebelum LTL memfailkan permohonan pertamanya untuk pengisytiharan muflis bagi menghentikan siasatan terus dilakukan pada 2021.

Sumber BH Online & REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here