SEOUL: Kegagalan fungsi gear pendaratan berkemungkinan menyebabkan pesawat penumpang terhempas selepas cubaan pendaratan pertama gagal di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
Menurut laporan Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa, pesawat Jeju Air yang membawa seramai 181 penumpang dari Bangkok, Thailand cuba mendarat di lapangan terbang terbabit pada 9.07 pagi apabila ia terkeluar dari landasan dan melanggar pagar.
Jumlah terkorban dalam kejadian terbabit sekurang-kurangnya 28 orang dan mencederakan yang lain.
Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, bagaimanapun ia dilihat gagal mengurangkan kelajuan sehingga sampai ke penghujung landasan dan merempuh struktur di pinggir luar lapangan terbang.
“Nahas itu merosakkan pesawat dengan sangat teruk dan mengakibatkan kebakaran,” katanya. – BERNAMA-YONHAP, HMetro –
IMedikel TV






