Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Kebanyakan individu tidak menyedari rasa sakit belakang yang mereka alami mungkin lebih daripada masalah biasa kerana ia kebarangkalian menjadi masalah ‘sciatica’ yang memerlukan perhatian.
Pernahkah anda dengar tentang sciatica? Mungkin ada yang sudah mengetahuinya tetapi hanya beranggapan ia sebagai sakit belakang.
Sciatica ialah keadaan yang terjadi ketika saraf sciatica iaitu saraf terbesar di tubuh manusia yang membentang dari punggung bawah hingga kaki dan mengalami tekanan.
Saraf itu mempunyai peranan penting yang memberikan tekanan dan mengawal otot di kaki dan sebahagian besar dari peha hingga ke bawah.
Keadaan itu berisiko dialami oleh individu yang kerap duduk terlalu lama atau mempunyai pekerjaan yang melibatkan banyak pengangkutan dan mengangkat barang berat.
Mungkin ramai yang pernah merasai gejalanya seperti rasa nyeri tajam atau menusuk di bahagian punggung bawah dan menjalar ke paha atau kaki.
Antara gejala lain ialah:
1.Mati rasa atau kesemutan di sepanjang jalur saraf sciatic.
2.Kelemahan otot terutama di kaki, paha, lutut dan betis.
3.Rasa panas pada kawasan yang terlibat.
Antara penyebab sciatica ialah:
1.Herniasi diskus (cakera tergelincir): apabila cakera tulang belakang pecah, inti gel dalam cakera keluar dan memberi tekanan pada saraf sciatic.
2.Kecederaan atau trauma: cedera pada punggung atau pinggul.
3.obesiti: berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan pada tulang belakang dan menimbulkan masalah sciatica.
4.kehamilan: biasanya berlaku masalah ini berlaku pada ibu mengandung pada trimester akhir.
Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah sciatica:
1.Senaman dan regangan: senaman ringan seperti senaman penguatan otot dan peregangan belakang boleh membantu mengurangkan tekanan pada saraf sciatic.
2.Fisioterapi: dapatkan sesi fisioterapi untuk pelan latihan yang disesuaikan untuk memperbaiki postur dan kekuatan otot.
3.Pengurusan posisi: pastikan posisi tubuh dalam keadaan betul semasa duduk, berdiri, atau tidur. Gunakan bantal atau sokongan semasa duduk dan tidur.
4. Mengelakkan berat badan berlebihan: menjaga berat badan membantu mengurangkan beban pada tulang belakang dan saraf sciatic.
5. Urutan: beberapa individu biasanya sesuai dengan urutan kerana dapat membantu melegakan ketegangan otot dan meningkatkan peredaran darah di kawasan yang terjejas.
Namun begitu, sekiranya sakit tersebut berterusan, individu itu perlu berjumpa doktor untuk penilaian dan rawatan lanjut.
IMedikel TV






