Home Luar Negara GAJAH BANTU BERSIHKAN SISA BANJIR DI ACEH

GAJAH BANTU BERSIHKAN SISA BANJIR DI ACEH

175
0

JAKARTA: Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Aceh mengerahkan empat gajah jinak membantu mengangkut bongkah dan serpihan kayu di kawasan penempatan penduduk di Pidie Jaya, Aceh, Indonesia.

Memetik Detik, empat gajah yang terbabit dengan kerja membantu itu ialah Abu, Mido, Ajis dan Noni.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Ketua Konservasi Sumber Daya Alam (KSDA) Wilayah Sigli Aceh, Hadi Sofyan berkata, semua gajah berkenaan dibawa dari Pusat Latihan Gajah (PLG) Saree.

Beliau berkata, mahot atau pawang yang membawa gajah berkenaan ke Gampong Meunasah Bie, Meurah Dua untuk mengangkut bongkah kayu akibat banjir besar.

“Kita sasarkan pembersihan di lokasi yang terjejas banjir besar di Kecamatan Meureudu dan Meurah Dua, Kabupaten Pidie Jaya,” katanya.

Beliau menjelaskan, gajah berkenaan membantu mengalihkan material yang tersangkut di rumah penduduk, terutama membuka akses jalan menuju rumah mangsa yang tertimbus akibat banjir.

Selain itu, katanya, gajah berkenaan juga akan membantu kerja menyelamat apa sahaja yang ditemuinya di lokasi termasuk jika ada mangsa belum ditemukan.

“Gajah juga digunakan untuk menghantar logistik kepada mangsa banjir di Pidie Jaya.

“Operasi pembersihan berlangsung selama tujuh hari sehingga 14 Disember 2025,” katanya.

Dalam pada itu, Hadi memaklumkan, keempat-empat gajah itu berpengalaman termasuk pernah membantu ketika tsunami Aceh 2004.

Katanya, kehadiran gajah terbukti sangat membantu dalam kerja pembersihan bongkah kayu.

“Buat masa ini kami akan beri tumpuan kepada bantuan pengurusan bencana di Pidie Jaya terlebih dahulu memandangkan akses ke daerah lain masih belum ditembusi,” katanya. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here