Home Luar Negara FOSIL IKAN LUMBA-LUMBA 16 JUTA TAHUN

FOSIL IKAN LUMBA-LUMBA 16 JUTA TAHUN

170
0

Lima: Saintis mendedahkan tengkorak fosil ikan lumba-lumba sungai berusia 16 juta tahun ditemukan menerusi penggalian di Peru dan pernah berenang di perairan Amazon, ialah ikan lumba-lumba Sungai Ganges di India.

Menurut laporan Reuters, menerusi Harian Metro, Ahli Paleontologi, Rodolfo Salas berkata, fosil itu adalah milik ikan lumba-lumba terbesar yang diketahui pernah mendiami perairan Amerika Selatan, berukuran tiga hingga 3.5 meter panjang.

Katanya, ia dinamakan Pebanista yacuruna sempena Yacuruna, makhluk mitologi Peru yang hidup di dalam air.

“Ikan lumba-lumba yang ditemukan di Peru ini jauh ada kaitan dengan ikan lumba-lumba Sungai Ganges di India.

“Nenek moyang kedua-dua ikan lumba-lumba dahulunya tinggal di lautan.

“Ia menduduki ruang lautan yang besar berhampiran pantai India dan Amerika Selatan. Haiwan ini tinggal di persekitaran air tawar di Amazon dan India. Malangnya, ia pupus di Amazon, tetapi terselamat di India,” katanya.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Science Advances.-Reuters, HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here