KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) memaparkan sebuah katil hospital berona hitam putih sambil memohon orang ramai mendoakan isterinya Amira Othman.
Memetik laporan Harian Metro Perkongsian itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat dan Fattah tidak mengulas lanjut mengenai situasi penyanyi lagu Rasa & Takdir itu.
“Doakan isteri syurga saya,” tulis pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu ringkas, disertakan emoji tangan berdoa.
Tinjauan di akaun Instagram Amira pula mendapati pasangan berkenaan sempat menghadiri acara bersama sebelum penyanyi itu berkongsi gambar tangannya yang sedang di-drip, lengkap dengan kapsyen:
“Esok kena fly. Semoga sempat sihat, Nadia Amira,” tulisnya.
Hantaran itu nyata mengundang pelbagai reaksi apabila peminat membanjiri ruangan komen dengan mendoakan Amira dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Fattah dan Amira melangsungkan perkahwinan pada 14 September lalu. – HMetro Online –
IMedikel TV






