Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang akan mengadakan dua program jualan buah-buahan bermusim membabitkan lebih 10 tan durian Musang King dan kampung klon.
Pengarah FAMA Pahang, Rashiha Mamat, berkata program pertama dua sebanyak kira-kira tujuh tan Musang King dan durian klon disediakan. Pada program kedua sebanyak tiga tan durian akan dijual.
Menurutnya, pihaknya mendapat bekalan buah dari beberapa pekebun di Jerantut yang terkenal dengan pengeluaran ‘raja buah’ yang berkualiti tinggi. Kampung Ulu Cheka, Kampung Damak dan Kampung Perlok sememangnya terkenal pengeluaran durian setiap tahun.

“Penggemar durian yang ingin mendapatkan ‘raja buah’ berkualiti pada harga antara RM3 hingga RM10 sekilogram (kg) boleh berkunjung pada dua program berkenaan, jualan selama enam jam bermula 8 pagi.
“Kita jual buah segar terus dari ladang dengan pelbagai saiz, buat pilihan buah yang diminati,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, pada Februari lalu lebih 30 tan Musang King dan durian klon dijual di beberapa pasar tani di daerah ini. Selain membantu memenuhi kehendak penggemar durian mendapatkan buah segar pada harga berpatutan, kita turut membantu pekebun memasarkan hasil keluaran kebun mereka.
Rashiha berkata, pihaknya akan terus melakukan jualan durian sekiranya pengeluaran ‘raja buah’ terus berlaku di negeri ini membabitkan beberapa daerah.
Program pertama diadakan pada 25 dan 26 Jun (Khamis dan Jumaat) bertempat di perkarangan pejabat FAMA Pahang Batu Lima, di sini dan di Pasar Tani KotaSAS, di sini pada 27 Jun (Sabtu).
IMedikel TV






