Home Sukan ERLING HAALAND TOLAK AMBIL PENALTI, MANCHESTER CITY GAGAL DI FINAL PIALA FA

ERLING HAALAND TOLAK AMBIL PENALTI, MANCHESTER CITY GAGAL DI FINAL PIALA FA

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui beliau terkejut apabila penyerang Norway, Erling Haaland, menolak untuk mengambil sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Crystal Palace pada Sabtu, yang akhirnya disia-siakan oleh Omar Marmoush.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro City ketika itu ketinggalan 1-0 hasil jaringan Eberechi Eze, namun diberikan sepakan penalti pada separuh masa pertama selepas Tyrick Mitchell menjatuhkan Bernardo Silva di dalam kotak penalti.

Haaland, yang masih belum menjaringkan gol dalam lima penampilan di Wembley untuk City, kelihatan bersedia untuk menamatkan badi itu, tetapi sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Marmoush.

Malangnya, sepakan penalti Marmoush yang pertama untuk City diselamatkan dengan cemerlang oleh Dean Henderson.

“Saya sangka dia (Haaland) akan mengambil sepakan itu, tapi mereka tidak berbincang.

“Dalam detik sebegitu, ia bergantung kepada perasaan dan keyakinan pemain. Mereka putuskan Omar bersedia untuk ambil.

“Omar mengambil masa yang agak lama sebelum menyepak, dan itu menambahkan tekanan. Henderson pula membuat penyelamatan yang bagus,” kata Guardiola.

Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney, yang bertugas sebagai penganalisis di BBC, berkata beliau percaya tekanan mungkin mempengaruhi keputusan Haaland.

“Dia memang penyerang kelas dunia, tetapi kalau kita bercakap mengenai Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, mereka tak akan lepaskan bola itu kepada orang lain.

“Itulah yang membezakan mereka dengan pemain seperti Haaland atau Kylian Mbappe. Mereka bersifat ‘selfish’ dan mahu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

“Haaland sudah jaringkan 30 gol musim ini, tapi dia juga telah gagal menyempurnakan tiga daripada tujuh penalti yang diambil,” kata Rooney. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here