GAZA: Israel, pada Ahad, menarik pasukannya keluar dari selatan Semenanjung Gaza dalam penarikan separa yang berlaku selepas setengah tahun perang di wilayah berkenaan.
Selepas tentera meninggalkan kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Yunis yang sebahagian besarnya musnah, sekumpulan penduduk Palestin yang terlantar berjalan ke sana, berharap untuk kembali ke rumah mereka dari tempat perlindungan sementara di Rafah yang jauh di selatan.
Seorang pakar keselamatan Israel berkata, penarikan itu sama sekali tidak bermakna perang sudah berakhir.
Tentera Israel berkata, “pasukan penting” akan kekal di tempat lain di wilayah yang dikepung itu kerana Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel “selangkah lagi daripada kemenangan.”
Pakar keselamatan Israel, Omer Dostri berkata, pengunduran itu adalah taktikal dan tidak bermakna perang hampir berakhir.
Dia meramalkan bahawa, apabila lebih ramai penduduk Palestin yang berpindah meninggalkan Rafah yang padat, “dalam masa dua bulan akan ada satu langkah di Rafah untuk memusnahkan briged Hamas yang masih ada.”
Penarikan balik sebahagian tentera itu dibuat ketika rundingan ke arah gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan dijangka disambung semula di Kaherah, termasuk pengantara Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Mesir.
Utusan AS, ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Bill Burns, bertemu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi sebelum rundingan itu.
Beliau dan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani akan menyertai pegawai Mesir untuk rundingan tidak langsung antara delegasi Israel dan Hamas, kata Al-Qahera News.
Netanyahu sudah lama mengancam serangan darat di bandar Rafah di sempadan Mesir, mencetuskan kebimbangan global terhadap kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin yang berlindung di sana. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






