Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Satu Operasi Bersepadu Mega Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijalankan di sekitar Pengkalan Chepa, Pasar Tok Guru, Jalan Sri Cemerlang dan Dataran Cheng Ho, di sini, pada jam 8.30 pagi, kelmarin.
Operasi itu melibatkan lima agensi antaranya polis, kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan serta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)-Bandaraya Islam.

Pemeriksaan memfokuskan perniagaan yang beroperasi khusus kepada penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 serta Akta yang dikuatkuasakan oleh jabatan masing-masing.
Hasil operasi keseluruhan kesemua premis yang diperiksa mempamerkan tanda harga dengan jelas dan mudah dilihat oleh pelanggan dan alat timbang yang digunakan juga ditentusahkan dan masih dalam tempoh penentusahan.
Bagaimanapun satu premis gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual dan tindakan telah diambil terhadap premis tersebut mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Dalam pada itu KKM turut menyerahkan kertas edaran larangan merokok dan vape yang baharu di kesemua premis yang dilawati.

Selain itu advokasi dan peringatan telah diberi kepada semua premis yang diperiksa supaya peka berkenaan Akta 852 serta mengemaskini harga pada barangan dan perkhidmatan dengan jelas supaya tidak menggelirukan pengguna serta peniaga diingatkan untuk cakna dengan arahan semasa Kementerian.
Operasi itu dirasmikan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin. – KPDN –
IMedikel TV






