Home Buletin Semasa HADIR SERTAI PINK WALK 2024 TANDA SOKONGAN KEPADA PESAKIT KANSER PAYUDARA

HADIR SERTAI PINK WALK 2024 TANDA SOKONGAN KEPADA PESAKIT KANSER PAYUDARA

453
2

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Walaupun bukan antara pesakit kanser payudara, namun kehadirannya bagi memeriahkan program Pink Walk 2024 baru-baru ini adalah tanda sokongan bagi semua pesakit itu.

Peserta, Norasyikin Othman, 42, dari Pasir Mas, berkata dia mengetahui berkenaan program tersebut melalui Pejabat Kesihatan daerah (PKD), Tanah Merah.

“Saya bukanlah pesakit kanser payudara, tapi hadir hari ini tanda sokongan kepada Yayasan Kaseh Kanser & Kronik.

“Perjalanan tadi sejauh 5 km. Saya gembira kerana dapat sama-sama memeriahkan program seperti ini dan melihat sendiri pesakit-pesakit kanser yang penuh bersemangat.

“Kalau mereka pun aktif, kenapa kita yang sihat ini tidak dapat berbuat demikian,”katanya ketika ditemui pemberita, di sini, pada Sabtu.

Norasyikin yang pertama kali menyertai program itu berkata sebagai wanita, sepatutnya lebih cakna tentang kesihatan khususnya jika berkaitan dengan aset wanita.

“Rata-rata saya lihat ada antara pesakit kanser payudara yang jauh lebih bersemangat dan bertenaga sepanjang program ini.

“Emosi memainkan peranan yang sangat penting,”katanya.

Kira-kira 2100 peserta yang menyertai program tersebut termasuk pesakit kanser payudara (survival), kakitangan kesihatan dan orang awam.

IMedikel TV

2 COMMENTS

  1. Jom semua sama2 bagi sokongan utk Pink Walk…Tahun 2024 merupakan tahun ke 7 & tahun ni lebih meriah dengan penyertaan seramai 2000 orang…

  2. Jom semua sama2 bagi sokongan utk Pink Walk…Tahun 2024 merupakan tahun ke 7 & tahun ni lebih meriah dengan penyertaan seramai 2000 orang…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here