Home Segmen Kesihatan ELAK SEMBELIT KETIKA PUASA

ELAK SEMBELIT KETIKA PUASA

165
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Masalah sembelit menjadi antara gangguan kesihatan yang biasa dialami orang ramai sepanjang Ramadan, terutama akibat perubahan corak pemakanan dan rutin harian ketika berpuasa.

Antara punca utama sembelit ialah pengambilan makanan rendah serat, kurang minum air, serta kurangnya aktiviti fizikal sepanjang hari.

Selain itu, perubahan jadual tidur dan tabiat menahan diri daripada membuang air besar turut menyumbang kepada masalah ini.

Kebanyakan individu lebih cenderung menikmati makanan berat dan bergoreng ketika berbuka, namun mengabaikan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang penting untuk sistem penghadaman.

Bagi mengelakkan sembelit, orang ramai disarankan mengambil makanan berserat tinggi seperti sayur hijau, buah-buahan, oat dan kekacang.

Di samping itu, digalakkan juga minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari antara waktu berbuka hingga sahur.

Orang ramai perlu rajin melakukan senaman ringan seperti berjalan selepas berbuka juga membantu merangsang pergerakan usus, selain menjaga rutin membuang air besar secara konsisten.

Masalah sembelit biasanya boleh diatasi dengan perubahan gaya hidup sihat, namun sekiranya berlarutan, individu dinasihatkan mendapatkan rawatan sewajarnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here