Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Penyakit uluran atau angin yang berlebihan biasanya menyerang seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang dianggap sejuk, ini menyebabkan angin berlebihan di dalam perut.
Angin yang masuk ke dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula di dalam usus akibat pergerakan bahan-bahan makanan di dalam usus.
Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut memulas, sakit mencucuk bahagian pinggang, pening kepala dan sebagainya.
Sakit ini sering dialami oleh kebanyakan kaum lelaki.
Angin ini akan naik ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala.
Antara tanda-tanda umum individu itu menghidap sakit uluran adalah:
1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras.
2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat.
3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk.
4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri.
5) Kurang berpeluh
6) Kencing tidak lawas
7) Kurang selera makan
8) Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
9) Tapak kaki menjadi sejuk tanpa mengira waktu samada siang atau malam.
10) Sering mengalami sakit kepala.
11) Perut memulas serta mencucuk dibahagian pinggang apabila memakan makanan dan meminum minuman yang sejuk.
Kebiasaannya kaedah rawatan utama yang digunakan oleh orang-orang melayu untuk merawat sakit sebegini adalah dengan cara mengurut.
Imedikel TV






