Home Buletin Semasa EJEN2U BANTU PENGASAS PRODUK KEMBANG PERNIAGAAN

EJEN2U BANTU PENGASAS PRODUK KEMBANG PERNIAGAAN

132
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Bagi memudahkan pengasas produk dalam mengembangkan perniagaan, mereka boleh berkolaborasi dengan Ejen2u.

Menurut Senior Solution Konsultan, Farid, pihaknya sudah berbincang dengan IMedikel untuk kerjasama antara Ejen2U dan IMedikel.

“Setakat ini alhamdulillah, perbincangan berjalan lancar. Jadi, kita akan adakan sesi bersama pengasas IMedikel, macam faedah silang (cross benefit).

“Antara kolaborasi adalah sistem pengurusan yang melibatkan perisian (software) untuk cukai (tax),”katanya selepas kunjung hormat di Wisma IMedikel, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden IMedikel, Yusmat Mamat.

Katanya Ejen2u adalah software house di mana mereka menyediakan sistem dari awal hingga akhir kepada pengasas.

“Sistem ni untuk pengasas bagi membantu agen mereka buat jualan. Agen yang buat jualan boleh dapat komisyen di situ secara satu platform sahaja untuk elakkan human error.

“Bagi surirumah yang hendak jana pendapatan, mereka hanya perlu membuat pesanan melalui sistem,”katanya.

Farid berharap dengan kolaborasi tersebut pihaknya boleh membantu pengasas bumiputera.

“Saya berharap dengan kolaborasi ini, memang kita berhasrat untuk membantu IMedikel bersama dengan pengasas-pengasas terutamanya yang bumiputera luaskan pasaran.

“Kita kongsi misi yang sama, kita berganding bahu dan boleh capai misi tersebut,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here